Ditonton 1 juta kali, warganet sebak tengok peniaga ini menangis jualan karipap dibeli orang

Oleh KIM SYAZIE

Aksi seorang peniaga tua yang tertunduk sambil menangis selepas jualan karipapnya dibeli seorang pelanggan, membuatkan ramai sebak.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat itu, terlihat peniaga yang dalam lingkungan 60-an bersalaman dengan seorang pembeli sebelum tiba-tiba tunduk mencium tangan pelanggan itu.

Dia kelihatan sangat sebak dan terharu kerana ada yang membeli jualannya.

Paling membuatkan ramai sebak adalah ketika peniaga tua yang bertubuh kurus itu menyeka air matanya dengan baju sambil menggenggam duit jualan.

Dia juga sempat ditenangkan pembeli itu yang mengusap-usap belakangnya.

Ternyata video menyentuh hati itu mendapat perhatian ramai. Sehingga kini rakaman itu meraih 1 juta tontonan dengan lebih 120,000 tanda suka.

Seperti yang dijangka, ramai yang mendoakan jualan peniaga tersebut sentiasa laku manis dan tidak terlepas ada yang bertanya-tanya lokasi untuk membeli karipap itu.

Mereka juga menunjukkan sokongan dengan meminta orang ramai membeli karipap sejuk beku dari peniaga berkenaan.

“Dekat Sungai Isap berdekatan dengan Akie Food court tau korang. Dia jual macam karipap sejuk beku, karipap ayam, cek mek molek dengan inti bebola ikan. Semua frozen je tau,” komen pemilik video tersebut.

“Dia duduk kawasan mana ni, pasal minggu ni nak balik Kuantan raya di rumah atok, saya asal Kedah, boleh singgah kat pak cik ni nanti. Bagitahu lokasi inshaAllah sampai borong untuk raya nanti,” komen kupukupu.

“Yang berada berdekatan tu tolonglah sama-sama sokong. Bukannya sampai beratus harga dia jual. Sekurangnya dapatlah juga dia buat belanja raya,” komen Roy Affendi.

“Meniaga dah berumur pakai kancil tepi jalan, tengah panas, berhentilah, belilah dan ‘support’ lah. Mereka bukan nak jadi kaya pun, cuma nak cari makan untuk hari itu saja. Ada yang menunggu rezeki tu di rumah. Tak miskin pun kalau kita bantu,” kata Pokokpangkal

https://www.tiktok.com/@unstablegirllll/video/7353196678561713416

Baca juga: Malaysia akhirnya berjaya tuai bawang tempatan, akan dipasarkan FAMA di lokasi ini