Sebuah gerai burger di Selangor meraih perhatian ramai dek kerana harga sebiji burger yang dijual amat murah serendah RM2.
Gerai yang dinamakan Red Burger itu difahamkan terletak di Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi
Menerusi perkongsian video TikTok oleh individu menggunakan [email protected], burger RM2 itu menggunakan patti ayam dan daging daripada jenama Ramlee namun dijual pada harga murah.
Individu itu juga terkejut melihat peniaga burger itu tidak ‘kedekut’ untuk menyajikan bahan-bahan seperti sos dan sayur dengan kuantiti yang banyak.
“Saya tengok cara kakak ini buat burger, mungkin ada yang dia skip (malangkau) untuk jimatkan kos, eh tidak juga.
“Patti siap celup dalam sos lada hitam, ada mayonis, ada sos cili siap ada sos BBQ.
“Jadi ini bukan burger yang cikai-cikai tau. Walaupun harga dia RM2 tapi cukup bahan semua. Secara jujurnya memang burger dia sedap,” kata individu yang merakam video itu.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang membuat kira-kira dan tertanya di mana untungnya menjual burger pada harga RM2.
“Dekat mana untungnya. Patti saja dah RM1.26, roti 50 sen. Belum sayur, wrapper, sos. Modal saja dah RM2 lebih,” tanya pengguna TikTok.
Ada juga yang memberitahu peniaga itu memang niatnya berniaga sambil bersedekah.
“Pernah tanya. Dia niaga sambil bersedekah,” kata @mr_ril.
“Alhamdulillah masih ada yang pemurah dalam perniagaan, meniaga sambil bersedekah, komen @masmerah.
Baca juga: Risau lesung batu tak tahan lama, ikut petua orang tua, bertahun boleh guna