Rakam wanita letak beg atas kerusi dalam LRT, warganet nasihat tukang rakam untuk tegur depan-depan

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan seorang wanita menghalang kerusi sebelahnya diduduki dengan meletak beg kertas mengundang marah seorang pengguna yang menaiki tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menerusi video yang dimuat naik pengguna Twitter, @bckupacc99, walaupun sudah dipandang orang sekeliling tetapi wanita itu hanya buat selamba.

“Common sense (berakal) sikit, orang nak duduk terus kau letak beg kertas kat sebelah bila orang pandang buat tak tahu.

“Ni jenis selfish (pentingkan diri) kena tegur dulu pula baru kau angkat beg tu, dah kalau ada perempuan mengandung pun dia buat bodoh juga.

“Tak marah pun main telefon tu tapi tengok la orang sekeliling juga ada warga emas ke apa, jadi simpati pun dah ok,” kata pengguna tersebut.

Namun warganet menasihati pemilik ciapan untuk menegur depan-depan daripada bazirkan masa dengan memuat naik video di media sosial.

“Benda senang je ni. Kalau orang tu tak ada common sense, kita tegur. Bukan viralkan. Lain lah kalau dah tegur, dia maki-maki ke. Itu lain cerita,” ujar @ahmaadsafuan

“Kalau tegur, ada juga yang dapat duduk masa tu. Tapi sebab nak viralkan, tak ada siapa dapat manfaat,” tambah @adamc_r.

Perkara sebegini sebenarnya tidak perlu ditegur, jika lihat tempat duduk di sebelah kosong dan ada ramai yang berdiri maka letak barang di bahagian bawah kerusi.

Baca juga: Wee kesal makanan banjir tiada kualiti, netizen minta penyelesaian bukan jadi tempat mengadu sahaja