Rakyat bidas Hishammuddin isu Menu Rahmah, pembangkang pula sibuk cari jalan nak jatuhkan kerajaan

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat kenyataan bahawa Menu Rahmah adalah penyelesaian jangka pendek yang baik, tetapi tidak menyelesaikan isu kos sara hidup.

Umum sedar bahawa Menu Rahmah adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban dengan menawarkan menu makanan yang berpatutan.

Seorang pengguna media sosial, Ameen (@ameen7006) melihat pembangkang sangat menentang Menu Rahmah hanya untuk menjatuh Kerajaan Perpaduan.

“Ramai orang di jalanan tahu bahawa langkah ‘Rahmah’ ini adalah langkah sementara sehingga kerajaan sekarang berusaha untuk menyelesaikan isu teras kos sara hidup.

“Tetapi pembangkang yang selalu mengganggu dengan bercakap tentang bagaimana cara bagi menjatuhkan kerajaan sekarang,” ujarnya.

Pengguna lain memintanya untuk memberikan solusi dan bukan sekadar memaklumkan perkara yang sudah diketahui ramai.

Baca Artikel Penuh