Nota peribadi bahagian 5 isu banjir
Di Hari Ketiga banjir itu (Isnin-20/12/2021), Alhamdulillah saya berjaya ke Sepang selepas sidang parlimen ditangguhkan pagi itu.
Dari jadual harian yang disediakan oleh team kami untuk pergerakkan saya, saya kena ke Flat Taman Permata, Dengkil bagi mengedar makanan.
Team kami telah memesan ratusan paket makanan (dalam 300 paket). Team saya habaq kat saya depa kena order dari 4 kedai makan yang berbeza bagi mencukupkan bilangan paket makanan tersebut.
Saya telah sampai lebih awal sedangkan kenderaaan kenderaan 4×4 kami yang membawa makanan masih belum sampai.
Pada masa itu, banyak jalan masih ditutup yang sudah tentu melambatkan pergerakkan.
Alhamdulillah bila saya sampai di kawasan flat itu telah ada juga team lain yang edar makanan (walau bukan paket lunch). Saya dan team yang bersama saya sekadaq edar air mineral dahulu. Alhamdulillah ada yang sponsored air. Anak muda yang sponsored. May Allah bless him.
Saudara Kenneth -Ahli Majlis MPS bagi kawasan itu- pun ada di situ. Dia juga amat rajin dan aktif membantu.
Pada masa itu, line telefon masih lagi tersangat lemah. So, komunikasi antara kami amat bermasalah.
Sedikit mengenai pemerhatian saya mengenai tahap disiplin rakyat negara ini ketika dilanda musibah.

Jujurnya, saya berharap tahap disiplin depa seperti rakyat Jepun, beratur dan begitu berdisplin ketika menerima bantuan. Tidak ada siku menyiku atau potong-memotong barisan atau jerit menjerit.
Ia masih belum berlaku lagi di sini walaupun dari sudut kemurahan hati untuk menderma dan menolong orang ketika musibah, prestasi rakyat negara ini boleh dikatakan amat-amat cemerlang. Cemerlang di bahagian itu tapi agak malang di bahagian ini. Not really bad ..after all, we dont expect perfection here!
Sementara menunggu team kami yang membawa ratusan pakej makanan untuk lunch sampai, saya diminta untuk ke PPS (Pusat Penempatan Sementara) di UITM Dengkil.
PIC di PPS di situ meminta untuk kami bekalkan air mineral. Maka, saya ke PPS di situ – di Kolej Tualang 2.
Bila saya dan team saya sampai di kolej itu, Alhamdulillah pengetua kolej begitu ramah menyapa kami. Saya sempat bersembang dengan beliau dan saya diberi taklimat oleh beliau. Antara lain, dia terangkan ada lebih kurang 250 orang mangsa ditempatkan di situ.
Selepas team saya mengedar air mineral di situ dan hendak bergerak ke destinasi seterusnya, pengetua kolej itu berbisik kat saya “YB pakej makanan hanya ada 50 sahaja sedangkan ada ramai lagi yang tidak ada makanan”
Tanpa fikir panjang saya habaq “InsyaAllah sekejap lagi kami akan hantaq 200 paket lagi!”.
Saya memberitahu saudara Anas yang membawa saya “Jom Anas kita ke atm di Cyberjaya dan dalam perjalanan kita singgah mana-mana restoranlah untuk order 200 packs makanan!”. Anas replied “Roger YB!”
Kenapa kami kena ke atm di cyberjaya? InsyaAllah esok sambung ya..
والله اعلم