Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan 19 November sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November (Sabtu).
Manakala bagi hari pengundian awal, SPR tetapkan pada 15 November 2022 (Selasa).
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat).
Dalam kenyataan rasmi hari ini, Abdul Ghani turut memaklumkan seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini, melibatkan kali pertama undi 18 tahun dan pengundi baharu automatik.
Baca juga: Terasa jadi bahan sindiran, Caprice nak saman Mydin RM30 juta sebab sebut nama ‘cap’ dan ‘rice’
Baca juga: ‘Benda simple tapi boleh melupuskan manusia tak berakal’