Ramai mengeluh kenapa Malaysia panas sangat dua minggu ini, MetMalaysia dedah puncanya

Oleh KIM SYAZIE

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tampil menjawab keluhan ramai mengencai cuaca panas luar biasa yang melanda beberapa daerah di Malaysia sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, ia berpunca daripada pengaruh Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa sedikit hujan ke seluruh negara, sekali gus menyebabkan suhu meningkat apabila tiada hujan selama beberapa hari.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga September ini.

Namun, beliau berkata orang ramai tidak perlu panik kerana suhu diramal kembali normal dalam beberapa hari akan datang susulan lebih banyak kawasan dijangka menerima hujan pada awal pagi dan lewat petang.

“Ketika ini, negara sedang mengalami tiupan angin Monsun Barat Daya. Dalam tempoh ini, hujan lazimnya berkurangan di kebanyakan kawasan.

“Bagaimanapun, ribut petir dan hujan lebat tetap boleh berlaku dari semasa ke semasa, terutama di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah pada waktu pagi dan di kawasan pedalaman pada waktu petang atau malam,” katanya.

Baca juga: Keputusan Mahkamah Tinggi tolak permohonan PM bukti mahkamah negara ini bebas