“Ramai pimpinan Pas hantar anak ke sekolah Cina” – Fahmi nasihat PN berhenti main isu kaum, agama

Oleh MAISARAH AISYA

Sehingga kini masih ada pihak yang tak berhneti mainkan isu sekolah vernakular untuk meraih undi rakyat.

Namun ia dilihat bercanggah dengan anak pimpinan parti yang turut dihantar ke sekolah vernakular tapi sibuk nak mansuhkan sekolah jenis kebangsaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap Perikatan Nasional (PN) berhenti bermain dengan isu kaum dan agama termasuk berkaitan sekolah vernakular pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu

Memetik Bernama, Ketua Penerangan PKR memaklumkan ada ramai pimpinan Pas yang menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

“Berapa ramai pimpinan PAS hantar anak (mereka) ke sekolah Cina malah saya difahamkan cucu Hadi (Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang) dihantar ke sekolah Cina,” katanya seperti dipetik Bernama.

Pada masa sama, Fahmi menganggap parti politik yang memainkan isu perkauman termasuk sekolah vernakular adalah tidak matang.

Menurut Fahmi, ketika ini dalam situasi ‘panic mode’ kerana walaupun sudah masuk hari kelima kempen PRK KKB, pemimpin utama PAS didakwa masih memboikot PN.

“Kita ingatkan diboikot itu Starbucks, KFC rupanya calon PN pun kena boikot,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempolitikkan latar belakang pendidikan calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao.

Baca juga: “Tak adil untuk anak guam saya”, peguam MB Perlis tak setuju siasatan jadi bahan media