Semalam tular di media sosial apabila ada yang berkongsi berkenaan bil elektrik rumah masing-masing.
Kenaikan mendadak bil kali ini mengundang persoalan besar kepada warganet sehingga ada yang menganggap bil Tenaga Nasional Berhad(TNB) kali ini cuba untuk memufliskan mereka.
Kadar baru electricity ni cost me about 5 times more than last month.
Memang mahaldahni. https://t.co/NQWGsvDimm pic.twitter.com/PRegUFffwz
— Dibs (@adibhazlami) July 8, 2025
Sebelum ini TNB menyatakan bahawa tarif baharu elektrik akan berkuatkuasa bermula 1 Julai 2025.
Selain itu TNB turut menawarkan sistem TOU kepada semua penggunanya. Apa itu TOU? Sistem baru ini bermaksud tarif elektrik adalah berbeza pada waktu puncak dan di luar waktu puncak.
Seorang lelaki di platfom X tampil menerangkan kiraan sebenar bil TNB yang baru ini.
“Pertama sekali, kenapa taknak guna kalkulator TNB & kira, sebelum panik.
“Ini jalan kira bil TNB skrg. Tapi aku ambil kiraan domestik Am Tanpa TOU ye. Domestik Am ni kitalah pengguna domestik biasa.
Penggunaan: 182kWh
Caj tenaga: RM0.2703
Caj kapasiti: RM0.0455
Caj rangkaian: RM0.1285
Jadi kat sini, caj kau adalah:
Caj tenaga: 182 x 0.2703
= RM 49.1946
Caj kapasiti: 182 x 0.0455
= RM 8.281
Cak rangkaian: 182 x RM0.1285
= RM 23.387
Total : RM 80.81
“Sekejap, itu tu belum kiraan akhir lagi. Kena tolak pulak diskaun (Insentif Cekap Tenaga).
“Jadual aku lampirkan di sini. Untuk penggunaan 182kWh, makanya kau dapat diskaun 25 sen untuk setiap kWh sebab kau tergolong dalam julat 1-200kWh.
“Jadi, berapa total diskaun kau dapat?
182 x 0.25 =RM 45.5
“Jadi berapa bil akhir?
RM 80.81 – RM45.5
= RM 35.31
“Kalau dulu 182kWh berapa pula bil nya?
Kalau dulu, tariff bagi 1-200kWh adalah RM0.218. Lepastu takda diskaun.
“Jadi kalau bil dulu, kau kena bayar
182 x 0.218 =RM39.676
“Tapi, tunggu dulu. Kiraan bil baharu tu tak masuk AFA yang exempt sampai 1 July. Jadi, apapun ianya bukan jumlah akhir lagi.
“Nak kira AFA tu nanti sahajalah kerana yang penting semua faham kiraan bil bulan Julai ni macam mana.
“Ha begitulah. Lain kali, guna jelah kalkulator TNB tu. Tengok pun tak logik 182kWh = RM182.”
First & foremost, kenapa taknak guna kalkulator TNB & calculate before panicking?
— muz (@MuzammilKhairi) July 8, 2025
Ini jalan kira bil TNB skrg. Tapi aku amik kiraan domestik Am Tanpa TOU ye. Domestik Am ni kitalah pengguna domestik biasa.
Penggunaan: 182kWh
Caj tenaga: RM0.2703
Caj kapasiti: RM0.0455
Caj… https://t.co/smkML5IuUE pic.twitter.com/JASQwNQ63a