Ramai tak sedar 7 benda remeh inilah jadi punca poket bocor, nombor 6 paling ‘relate’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang perunding kewangan mendedahkan 7 sikap yang sentiasa dianggap kecil oleh kebanyakan anak muda sekarang – yang tanpa mereka sedar boleh menyebabkan kewangan terbeban dari hari ke hari.

Pakar dalam pelaburan emas, Nur Aliah Mohd Nor berkata antara sikap itu adalah kerap menggunakan perkhidmatan penghantar makanan seperti Grab dan Foodpanda.

Biarpun harga makanan cuma sekitar RM12, tetapi jika seseorang itu memesan makanan secara atas talian setiap hari, tanpa sedar duit yang ‘hangus’ adalah sekitar RM240 sebulan.

Kedua, gemar melanggan aplikasi yang jarang diguna seperti Netflix, Adobe, iCloud, dan Spotify. Tahu-tahu duit tolak setiap bulan! Rugi senyap-senyap orang kata.

Ketiga, terpengaruh kerana ada promosi walhal ia bukanlah satu keperluan.

“Beli satu percuma satu. Atau (pantang nampak) diskaun 80% terus terjebak. Barang tu ada je masuk rumah, tapi tak pernah guna. Duit pun lesap,” kongsi Nur Aliah.

Selain itu antara perkara yang diam-diam buat semakin ramai bocor poket adalah tambah nilai ShopeePay atau Touch n Go melebihi bajet.

Kelima, sering terlewat bayar bil. Lewat bayar bil akan menyebabkan seseorang itu dicaj atas kelewatan. Jika lewat bayar kad kredit, bunga yang naik akan makan diri. Sikit-sikit lama-lama hutang jadi bukit.

Keenam, sikap suka self-reward kecil-kecil yang terlalu kerap. Contohnya setiap kali berjaya capai KPI harian, laju sahaja beli Starbucks sebagai reward. Hari ini reward, esok reward, lama-lama jumlah perbelanjaan reward itu lebih banyak dari pendapatan.

Akhir sekali, tidak merancang simpanan dan menggunakan satu akaun sama untuk menyimpan dan berbelanja.

Apabila duit tidak diasingkan dengan baik, tidak tak akan nampak berapa sebenarnya duit belanja bulanan yang sepatutnya kita guna. Silap hari bulan, terguna pula duit simpanan.

Baca juga: “Mak aku tak keluar sesen pun untuk majlis kahwin aku tapi duit salam kaut semua dia kebas…”