Ramai tak tahu pekerjaan Dayang Anisha bakal isteri Putera Mateen, bukan biasa-biasa walau baru 29 tahun

Oleh KIM SYAZIE

Mungkin ramai yang tidak tahu berkenaan pekerjaan bakal isteri kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam.

Biarpun Anisha berasal daripada keluarga yang terpenting di Brunei dan kaya-raya, ternyata cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei itu memiliki kariernya sendiri di usia 29 tahun. 

Pekerjaannya pun bukan biasa-biasa tau!

Memetik laporan Murai, Anisha adalah seorang ahli perniagaan yang memiliki beberapa jenama besar di Brunei. Antaranya adalah perniagaan fesyen yang diberi nama Silk Collective.

Bukan itu sahaja, Anisha turut memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan bersama rakan baiknya iaitu Emily. Syarikat mereka itu dikenali sebagai Authentirary.

Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga sebenarnya suka memasak. Malah wanita anggun itu juga memiliki akaun Instagram yang didedikasikan khas untuk hobi memasaknya.

Anisha pernah memuat naik video tentang cara membuat kek pandan. Ehem.. Putera Mateen pun suka tau video itu.

Hebat kan? Biarpun lahir dalam keluarga yang kaya-raya, Anisha tetap mengejar cita-citanya dan mempunyai pekerjaan sendiri. Sangat menginspirasi!

Baca juga: “Semua bantuan masuk ke akaun suami, padahal aku jaga anak sejak digantung tak bertali”