Manusia ni kalau lapar memang segala benda kita makan tapi berpadalah sampai ada benda asing dalam makanan pun masih nak terus mengunyah.
Seorang wanita menerusi hantaran di Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Harini Official‘ menemukan satu dawai besi kecil dalam nugget yang dipesan di sebuah kedai makan.
Tidak berpuas hati dengan hal tersebut, dia berjumpa dengan tuan kedai dan melihat sendiri plastik nugget beku yang digoreng pemilik kedai.
“Semalam lepak minum kat satu kedai makan dan pesanlah nugget, bila sampai nugget yang ketiga atau keempat tiba-tiba rasa ada benda keras.
“Rasa macam besi, ngilu! Bila keluarkan tu memang sah besi dawai, bila buat aduan kat kedai, pemilik maklum hanya goreng sahaja,” luahnya.
Seorang pengguna Facebook, Shah Shamsudin menasihatkan wanita tersebut untuk menghubungi pihak khidmat pelanggan bagi membuat laporan.
“Hubungi khidmat pelanggan untuk aduan. Pernah beli daging burger ada besi, mereka datang untuk lihat dan sahkan ia memang daripada besi mesin mereka.
“Mereka datang beri cenderahati dan permohonan maaf,” katanya.
Sebagai pengguna yang sering beli makanan nyahbeku, berhati-hatilah ketika makan bimbang tertelan sesuatu yang boleh mengakibatkan masalah kepada anda.
Baca juga: Mulut suami bau bawang, wanita terpaksa pakai pelitup muka masa tidur