Bercinta bertahun lama, sudah merancang untuk berkahwin malah keluarga sudah saling mengenali namun akhrinya kahwin dengan orang lain.
Siapa sahaja tidak sakit jika diperlakukan sebegini, apatah lagi hanya dimaklumkan lepas berkahwin itupun selepas seminggu hilangkan diri.
Seorang wanita, Lisa (bukan nama sebenar) tidak menyangka kekasih hati yang merancang mengahwininya memilih untuk kahwin bersama perempuan lain.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Saya menulis luahan ini adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang tak terluahkan, sakit yang lama saya pendam.
Sepatutnya luka tu dah sembuh dah tapi macam tak sembuh-sembuh lagi. Walaupun dah lama ia terasa segar dalam ingatan ini.
Pada dua tahun yang lepas, saya ada seorang kekasih yang saya sangat cintai. Kami juga ada perancangan untuk berkahwin.
Saya sangat mengharapkan untuk berkahwin dengan dia. Saya mengenali keluarganya, dan dia juga mengenali keluarga saya.
Hilang dan tak dapat dihubungi
Pada suatu hari, dia tiba-tiba hilang dan tidak dapat dihubungi, saya mencari dia di merata tempat bagai ibu hilang anak dah, tapi usaha saya itu hanya sia-sia.
Selepas seminggu dia hubungi saya balik, tiba-tiba dia cakap dia dah kahwin, begitu hancurnya hati saya bagai dihiris sembilu, selepas tahu berita yang dia nak sampaikan tu.
Masa dia bagitahu yang dia dah kahwin tu, saya senyap dan nangis, saya tak mengamuk macam kebanyakan wanita.
Saya pendam sakit tu dan berharap saya boleh tahan dan ia akan hilang dengan sendirinya seiring waktu.
Apa yang buat saya menyesal dan teringat sampai sekarang, kenapa saya tak bersuara kenapa saya tak mengamuk, kenapa saya tak luahkan kemarahan saya tu.
Mungkin kalau saya luah masa tu sakit tu tidak lah seteruk sekarang.
Sekarang saya tanggung sakit dan amarah tu. Saya cuba untuk lupakan tragedi itu, tapi apakan daya, saya hanya insan yang lemah.
Tinggi mana saya daki gunung, laju mana saya lari, kalau sudah tersimpan dalam memori nak padam dalam ingatan pun susah.
Baca juga: “Ingat hidup selesa dapat suami ‘anggota’, sekali semua benda aku kena tanggung”