Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 selepas keputusan untuk DUN tersebut tertangguh malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dalam kenyataannya berkata, calon GPS, Datuk Gerawat Gala memperoleh 3,731 undi dan berjaya menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti sebanyak 2,875 undi.
Ini secara rasmi menjadikan GPS menang 76 kerusi, manakala pembangkang hanya enam kerusi.
Pembangkang: Parti Sarawak Bersatu (4), manakala DAP (2).
Pada PRN Sarawak Ke-12 kali ini, seramai 759,627 orang atau 60.67 peratus telah keluar mengundi. Jumlah
tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi.