Bila nak sambut bulan Syawal ni maka ramai akan mula mengemas sama macam sambut bulan Ramadan cuma kali ini lebih meriah dengan pulangnya anak dari perantauan.
Bila sudah berusia nak pastikan rumah sentiasa bersih amatlah susah apatah lagi jika tiada pertolongan dihulurkan.
Ikuti perkongsian Nik Zainah Muhammad tentang tip kemas rumah dengan cara mudah malah rumah juga kekal wangi.
4 tip kemas rumah
1. Habuk tak melekat di perabot
Biasalah kalau tak lap perabot ni cepat betul berhabuk, ada masa hari ini bersihkan, esok tu dah berhabuk semula.
Bahan-Bahan:
- 1 penutup pelembut fabrik
- 10 cawan air
Cara-cara:
- Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
- Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih wangi.
2. Kilatkan lantai rumah
Mesti rasa tak selesa berjalan atas lantai yang melekit, kadang tu sampai kena beli selipar khas untuk dipakai dalam rumah.
Ada cara mudah nak kilatkan lantai biar ia lebih licin dan berkilat.
Bahan-Bahan:
- 1 penutup pencuci lantai
- Cuka
- Air panas
Cara-cara:
- Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
- Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.
- Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.
3. Wangikan rumah
Kalau beli pewangi rumah di pasar raya, sekejap sahaja dah habis kalau gunakan yang jenis gel, tambahan pula cuaca kini lebih panas.
Ikuti cara ini, hanya guna bahan yang ada di rumah sahaja.
Bahan-bahan:
- 1 cawan penutup pelembut fabrik
- Cuka
Cara-cara:
- Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
- Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
- Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama.
4. Segarkan bilik air
Walaupun jarang dikunjungi tapi pastinya akan tetamu yang menumpang tandas di rumah, maka malulah jika masuk-masuk tu ada pula bau tidak menyenangkan.
Bahan-Bahan:
- 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh cuka
- 1 cawan air
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
- Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat mencuba!
Baca juga: Menjelang aidilfitri, harga telur menjunam jatuh