Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa semalam terpaksa dipotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut akibat komplikasi dari penyakit diabetes.
Terdahulu, Setiausaha Pengelola PKR itu dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Seksyen 2, Wangsa Maju pada 13 Mei lalu.
Fariz, 46, pada ketika itu dikatakan tidak dapat berjalan selepas terjatuh di bilik air di kediamannya.
Sumbangan kewangan daripada orang ramai bagi membantu keluarga Fariz adalah dialu-alukan melalui nombor akaun berikut:
CIMB 1293-0006-1865-27 Fariz Musa
Maybank 1050-3809-3534 Fariz Musa