Relaks je tak kejar glamour, netizen puji Najwa Latif senyap-senyap dah bergelar pensyarah

Oleh KIM SYAZIE

Pernah menjadi ikon remaja satu ketika dahulu menerusi lagu paling popularnya Cinta Muka Buku, Najwa Latif boleh dikatakan sudah lama menyepi dari dunia hiburan.

Tetapi secara tiba-tiba, penyanyi yang sering tampil dengan gitar akustik itu kembali menjadi topik perbualan peminat susulan statusnya selaku pensyarah tular di laman sosial baru-baru ini.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif dikatakan sudah pun bergelar pensyarah sepenuh masa di UiTM Dengkil dan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat Asasi.

Memetik Majoriti, Najwa difahamkan sedang sibuk menyempurnakan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor itu juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Selangor (UNISEL) namun terpaksa berhenti disebabkan mahu fokus kepada pengajian di peringkat sarjana.

Terdahulu, Najwa selamat bergelar isteri kepada rakan duetnya, Akwa Arifin pada November 2022

Baca juga: “Bekas suami ingat aku tipu ada alergik, aku sampai masuk hospital sebab dia sengaja ‘test’ aku…”