Remaja tidak sedar terakam makhluk misteri berbongkok

Oleh KIM SYAZIE

Sekumpulan remaja di Indonesia tidak sedar terakam lembaga misteri yang berbongkok ketika sedang berjalan pada waktu malam.

Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @witahrll itu, jelas terlihat lembaga aneh sedang berjalan melintasi kumpulan remaja tersebut.

Berdasarkan rakaman yang dikongsi, kumpulan remaja itu sedang menghantar seorang rakan yang bernama Caca, lapor Agensi.

Mereka kemudian keluar dari sebuah bangunan dan berjalan melalui jalan yang sunyi.

Walaupun ada lampu, keadaan jalan itu masih gelap sedikit.

Tidak lama kemudian, kelihatan satu lembaga berpakaian putih berjalan dengan pantas dari arah bertentangan sebelum membongkok di tepi jalan.

Baca Artikel Penuh