Kalau pergi pasar malam ternampak pula nasi dengan ayam berempah mesti laju sahaja beli, ayam ‘crunchy’ ditambah pula dengan aroma nasi tu.
Kalau beli sebungkus rasa berbaloi tapi kalau kena beli untuk semua ahli keluarga lebih baik masak, boleh jimat, saiz ayam pun boleh pilih nak besar mana.
Resipi ini dikongsikan melalui laman Facebook, Ketuk-Ketuk Ramadan.
Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
- 5 ulas bawang putih**
- 2 biji bawang besar**
- 1 inci halia**
- 5 batang serai**
- 1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
- 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng.
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
- Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
- Angkat dan sedia dihidang.
Selamat Mencuba
Baca juga: Tahan sampai berbulan! Ini rahsia cara simpan daun pandan hijau untuk kekal segar