Rezeki selepas ujian besar, Fattah Amin dapat hadiah mewah Lamborghini Ungu

Oleh KIM SYAZIE

Bertuah badan! Pelakon Fattah Amin terus mengecap populariti luar biasa sejak dia menjadi duta produk kambing Pak Mat Western.

Lebih tepat, popularitinya melonjak selepas kisah rumahtangganya menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Selain dilantik duta jenama kambing terkenal, bekas suami kepada aktres Fazura itu dikatakan telah dilamar menjadi duta barangan kemas iaitu Emas Syamsul.

Bukan itu sahaja, Fattah terus dihujani rezeki yang tidak putus-putus selepas dia dihadiahkan sebuah kenderaan mewah Lamborghini berwarna Ungu oleh syarikat kedai emas terbabit.

Dalam satu video tular, Fattah yang segak berbaju kurta dilihat sebak ketika menerima kunci kereta baharunya sambil memeluk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai emas tersebut.

Menjengah reaksi orang ramai terhadap video tersebut, ramai yang gembira melihat kejayaan Fattah selain turut sebak melihat ramai yang sayangkan aktor tersebut.

Malah momen Fattah yang dikatakan termenung sejenak ketika cuba memandu kereta yang diterimanya turut menjadi bualan ramai.

“Masa Fattah naik kereta tu nampak Fattah banyak termenung.  Semoga dipermudahkan urusannya,” kata pengguna TikTok.

Video yang dikongsikan @allfendstudio itu sehingga kini mendapat hampir 4 juta tontonan dengan lebih 170 ribu tanda suka.

Baca juga: Rupanya senang je nak buat kuah oden, tak perlu bayar ‘extra’, boleh makan ramai-ramai!