Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang penghantar makanan menendang perut seorang pengawal keselamatan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas pengawal keselamatan itu tidak membenarkan penghantar masuk ke kawasan kediaman.
Hal ini kerana, pengawal itu mendapati nombor rumah yang ingin dimasuki penghantar itu kosong dan tidak berpenghuni.
Tiba-tiba, lelaki itu turun dari motosikal dan berjalan menuju ke arah pengawal yang juga warga asing itu sebelum bertindak menendang mangsa di perut.
Untungnya kejadian tersebut dirakam oleh penduduk setempat yang kebetulan memasang rakaman papan pemuka (dashcam) di keretanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Taman Bukit Meringin, Sg. Ramal Luar, Kajang.
“Suspek mohon masuk ke rumah nombor 3 di Taman Bukit Meringin tetapi dihalang mangsa yang memaklumkan rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni.
“Disebabkan itu, suspek naik berang lalu turun dari motosikalnya sebelum melepaskan tendangan ke perut mangsa.” katanya.
Baca juga: Bagi alasan nak makan nasi dan paksa ‘cancel’ tempahan, pemuda berang dapat Grab kurang ajar