Rindu berpanjangan, anak lelaki singgah ke kubur ayah sebelum sambung berniaga

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah rakaman yang menunjukkan seorang anak lelaki singgah ke kubur ayahnya sebelum sambung meniaga tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, anak kecil itu terpaksa berniaga setiap hari untuk menampung kos yuran persekolahan dan perbelanjaan harian.

Menyayat hati, kanak-kanak lelaki yang menjual kuih muih itu terlihat memeluk kubur ayahnya sebelum ke pasar untuk mencari rezeki.

Sampai ke pasar, kanak-kanak itu sempat berhenti di tengah jalan kerana ibu jarinya terkeluar dari kasut koyak yang dipakainya.

“Ia singgah ke kuburan ayahnya untuk mengubati rindu dan mungkin berusaha tidak mengadu bahwa dirinya lelah.

“Usai mengusap nisan sang ayah dengan mata yang basah, kaki mungilnya kembali melangkah,” tulis kapsyen video yang dimuat turun di Twitter itu.

Perakam video berkata dia akan menyusul ke rumah anak itu untuk melihat sendiri situasi sebenar dan berjanji untuk turut menghulurkan sumbangan.

Dimuat naik oleh Zulfikar Akbar, video tular yang dipercayai berlaku di Indonesia itu telah mendapat tontonan oleh 1.4 juta pengguna.

Sedar ramai pengguna ingin menyalurkan bantuan, Zulfikar mencadangkan agar penonton tidak menggunakan orang tengah.

“Saya sendiri lebih merekomendasikan untuk mencari alamatnya dan memberikan bantuan lansung kepada anak. Jangan melalui pihak lain.” katanya.

Baca juga: ‘Terima kasih PM Anwar’ – Ahli perubatan sambut baik tindakan kerajaan perkenal duti eksais rokok elektronik