Risau air rebusan melimpah ruah! Ini 5 cara untuk elak ia daripada terjadi lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang baru berjinak nak memasak mesti tahu betapa renyahnya masak makanan berkuah seperti sup.

Salah sedikit sahaja pun boleh jadi penyebab kuah melimpah ke atas dapur, kadang-kadang sampai ke lantai.

Kalau baru belajar masak mesti bimbang nak kawal suhu agar kuah tak melimpah, boleh ikuti tips dikongsi portal Harian Post.

5 tip tak bagi air rebusan melimpah

  1. Jangan guna suhu tinggi

Paling penting semasa memasak ini adalah untuk tahu suhu yang betul semasa memasak sesuatu makanan.

Jika nak elak air rebusan melimpah, gunakan suhu rendah terutamanya ketika masak makanan berasaskan santan dan susu.

Ini adalah supaya masakan tersebut tidak pecah minyak dan kekal berlemak.

  1. Guna sukatan air yang tepat

Sukatan air yang tepat dan tidak terlalu banyak juga adalah salah satu teknik untuk mengelakkan air rebusan daripada melimpah keluar.

Jika anda ingin menambah air di dalam masakan anda, pastikan kuantiti air itu tidaklah terlalu penuh.

  1. Rajin kacau air rebusan

Penting untuk anda sentiasa mengacau air rebusan tersebut, sama seperti alasan di nombor dua, ini agar minyak tak pecah dan kekal berlemak.

  1. Jangan tutup periuk

Semasa merebus, anda tidak digalakkan untuk menutup periuk. Ini kerana, semasa periuk ditutup, wap akan semakin panas dan menyebabkan penglimpahan air berlaku.

Manakala jika periuk yang tidak ditutup pula akan membantu dalam pengeluaran wap panas.

  1. Letakkan senduk kayu diatas periuk.

Ini tip ‘legend’ yang dikongsi orang lama, meletakkan senduk kayu dikatakan mampu mengelakkan air rebusan daripada melimpah ruah.

Baca juga: View Chin berjaya puasa 28 hari di bulan Ramadan, Mira beri ganjaran Toyota Alphard