Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkongsikan cerita tentang suami beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak dan merasa simpati antara satu sama lain.
Berucap ketika merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC hari ini, isteri Perdana Menteri yang kini berusia 64 tahun itu berkata, mereka berdua saling percaya antara satu sama lain.
Penaung Projek Permata Negara (Permata) itu juga memberitahu, Najib akan menafikan pandangan negatif di media sosial berkaitan dirinya dengan menyatakan ada pihak mahu menjatuhkannya melalui isteri.
“Bila saya tengok di media sosial saya tanya (Najib) adakah ini mengenai saya? Kemudian dia akan cakap, tidak. Ia bukan mengenai awak. Ia mengenai saya. Mereka nak jatuhkan saya melalui isteri,” kata Rosmah lagi.
Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, mereka memperoleh dua anak iaitu Nooryana Najwa, 27, dan Norashman Razak, 24.
Rosmah dilihat satu-satunya isteri Perdana Menteri dalam sejarah negara ini merdeka sebagai paling boros dan mewah berbelanja selain kontroversi penggunaan gelaran ‘wanita pertama’.
Empat tahun lalu, Rosmah yang berasal dari Negeri Sembilan itu didakwa membeli sebentuk cincin permata bernilai US$24 juta (RM77 juta) selain dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 11 beg Hermes Birkins.