‘Rumah ibadat sepatutnya menyatukan bukan memecahkan’ – PH Terengganu setuju dengan MAIDAM

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melarang ahli politik dan wakil rakyat menyampaikan kuliah di masjid dan surau disambut baik Pakatan Harapan Terengganu

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pekeliling yang dikeluarkan Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail bertepatan pada masanya memandangkan wujud suasana tidak sihat di Terengganu.

“Kenyataan Yang Dipertua MAIDAM adalah bijaksana serta tepat dan amat di alu-alukan rakyat yang cintakan pendamaian.

“Memandangkan keadaan suasana yang tidak sihat khususnya di Terengganu, sudah pasti majoriti rakyat negeri mengalu alukan kenyataan tersebut.

“Malah bersetuju masjid dan surau sebagai rumah ibadat sepatutnya menyatukan rakyat melalui mesej perpaduan dan bukan perpecahan,” katanya seperti dipetik Harapan Daily.

Pada masa sama, Raja Kamarul mengharapkan suasana toksik disebabkan politik kepartian dihentikan segera dan semangat persaudaraan diutamakan bertepatan dengan ajaran Islam mulia yang sebenarnya.

Baca Artikel Penuh