Setiap menantu pasti mengimpikan hubungan baik dengan keluarga mentua, namun realitinya tidak selalu seindah yang dibayangkan.
Namun pastinya setiap orang cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebaliknya sehabis sebaik membantu apa yang patut.
Seorang wanita hanya bertahan enam bulan untuk tinggal bersama keluarga mentua disebabkan keadaan rumah yang tidak berapa selesa.
Luahan tersebut adalah komen kepada seorang pengguna lain yang juga mempunyai masalah sama sepertinya.
Di bawah adalah luahan wanita tersebut.
Sama situasi masa baru kawin tahun 2022. Enam bulan duduk rumah mertua yang kotor berlendir, berulat, berpasir.
Dalam masa enam bulan tu saya kemas dan bersih tempat mana yang saya selalu luangkan masa sahaja.
Hari kedua duduk, saya bersihkan peti ais, yang lain pejam mata dan tahan nafas sahaja sepanjang tinggal bersama mentua.
Mentua ada dua orang anak dara tapi memang pemalas dan pengotor, keluar bukan main lawa lagi tapi itulah tabiat memang tak boleh diubah, baik mak, ayah atau anak.
Jadi pandai-pandailah uruskan diri tapi itulah hanya enam bulan tahan tinggal sebumbung, biasalah ada drama yang tak seronok berlaku.
Apatah lagi masa tu saya tengah mengandung, terus angkat kaki dan balik rumah mak kat Johor, ambil masa 11 jam perjalanan masa hari pertama puasa tahun 2023.
Kesabaran ada hadnya, walaupun keluarga mentua macam itu, suami tetap di belakang dan faham perasaan saya.
Lepas pantang sayang memang kena balik rumah mentua tapi saya bincang dengan suami cakap nak duduk rumah sewa, harap rumah ada lepas saya habis pantang.
Nasib baik semua berjalan lancar dan Allah SWT permudahkan segala urusan, ambil masa juga saya nak terima takdir dapat keluarga mentua macam itu.
Komunikasi dengan suami sangatlah penting, mereka tak boleh baca perasaan kita jadi bincang dan jangan pendam, buat sakit hati sendiri.