Rupa air macam beli dekat pasar malam je, wanita terkejut teh o ais laici berharga RM15

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita tidak menyangka secawan teh o ais laici yang dibeli dari sebuah kafe terletak di Puteri Harbour, Johor berharga RM15.

Menerusi perkongsian di TikTok @Lalinmoon, wanita itu pada awalnya menyangka minuman itu berharga RM8 memandangkan ia terlihat biasa-biasa.

Tetapi sangkaan tidak seindah realiti, harga minuman itu rupa-rupanya berharga hampir dua kali ganda lebih mahal dari yang dijangka.

“Saya sangka harganya cuma RM8 paling mahal pun,” tulisnya dalam video tersebut.

Puteri Harbour terletak berdekatan dengan Medini Iskandar, yang popular dengan taman tema Legoland. Ia antara lokasi tumpuan ramai menjadikan sesetengah makanan dan minuman dijual pada harga agak mahal.

Pun begitu orang ramai berpendapat harga berkenaan masih tidak masuk akal memandangkan ia terlihat seperti air biasa dijual di pasar malam.

“Mentang-mentang meniaga dekat Puteri Harbour, terus hentam RM15 eh!,” komen MrsBubu.

“Memang mahal gila kafe tu sebab target market dia orang Singapura dan mereka yang bekerja di Singapura. Tapi teh ais Singapura pun $1.8 je,” kata pula Teyraaaa Aff.

Pada masa sama ada yang memberitahu mereka juga pernah terkena dengan kafe berkenaan kerana dicaj RM85 ketika bersarapan untuk dua orang.

“Dah terkena. Kawan ajak makan disitu. Masuk minum kopi secawan dan makan penkek lebih RM100. Taubat lepastu tak pergi dah,” komen Haneem.

Apa kata anda?

Baca juga: “Suami bukan main bangga bayar zakat RM2k, tapi yuran anak tertangguh, segala bil aku yang tanggung”