Rupanya ada cara nak simpan cili, bawang kisar, baru boleh tahan 1 bulan!

Oleh MAISARAH AISYA

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan mesti ada ibu bapa yang bekerja nak sediakan bahan tumis lebih awal agar tak tergesa masa bersahur.

Zaman sekarang ni kalau boleh semua benda nak beli sahaja melalui platform e-dagang, tapi kalau nak simpan duit untuk Raya maka boleh buat sendiri di rumah.

Ikuti perkongsian pengguna media sosial, Lia Kamalia tentang cara buat cili dan bawang kisar, boleh tahan sebulan dalam peti ais kalau tak habis yang dkongsi semula Fecbook Rasa.

Petua simpan cili & bawang kisar

Cili kisar

Bahan-bahan:

  • 100 gm cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
  • 1 sudu makan garam
  • Asam keping
  • Air tapis secukupnya

Cara-cara:

  1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
  2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
  4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
  5. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
  6. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender.
  7. Kisar 100 gm cili kering bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
  8. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
  9. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.

Bawang merah kisar

Bahan-bahan:

  • 6 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • Minyak masak
  • 1 sudu garam

Cara-cara:

  1. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
  2. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender .
  3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
  4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.

Boleh tahan seminggu hingga dua minggu bawang kisar tersebut.

Bawang putih kisar

Bahan-bahan:

  • 5 labu bawang putih
  • Minyak masak
  • 1 sudu garam

Cara-cara:

  1. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak.
  2. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
  3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
  4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.

Boleh tahan seminggu hingga dua minggu bawang kisar tersebut.

Baca juga: Juruterbang kongsi ‘trick’ macam mana nak dapat tiket kapal terbang murah