Rupanya dah berkenalan sejak sekolah, Raysha selamat diijab kabul dengan pelumba kereta F3!

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka perkenalan sejak di bangku sekolah, akhirnya bersatu di jinjang pelamin! Pelakon jelita Raysha Rizrose kini mengumumkan sah menjadi isteri kepada pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.

Pada majlis yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel, malam tadi, Raysha menerima mas kahwin berjumlah RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad bersaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

Baca Artikel Penuh