Pastinya ada banyak kedai yang meletakkan syarat untuk beri barang lain dan bukan sekadar minyak masak sahaja.
Ini akan menyebabkan ramai pihak terpaksa mengeluarkan belanja lebih sedangkan bajet hanya cukup untuk beli minyak masak.
Disebabkan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak tampil menjelaskan isu tersebut.
Menerusi satu video di TikTok KPDN Perak, satu pemeriksaan dilakukan pegawai di sebuah kedai runcit.
Pekerja wanita tersebut memaklumkan pelanggan perlu membeli barangan lain baru mereka boleh beli minyak masak.
“Sebenarnya tak boleh puan, minyak masak awak memang kena bagi dekat orang. Nak kawal boleh tapi tak boleh dengan bersyarat ni.
“Itu jadi satu kesalahan,” ujarnya sebelum memberi amaran dan menyita minyak masak di kedai tersebut.
Pekerja tersebut memaklumkan terlalu ramai yang datang untuk beli minyak masak di situ namun tidak membeli barangan lain.
“Kenapa mereka dekat lain tempat beli barang tapi dekat sini beli minyak sahaja,” jelas pekerja tersebut yang mengakui tidak tahu ia adalah satu kesalahan meletakkan syarat.
Jelas di ruangan komen, netizen memaklumkan banyak kedai melakukan hal yang sama dengan meletakkan syarat dan berharap semua tempat mengambil pengajaran.
“Datang Kamunting, Taiping tuan ada kedai letak had satu sahaja, gula pun had dua. Kalau nak beli lebih kena ambil yang mahal satu.
“Datanglah buat pemeriksaan kat premis sekitar pekan Beruas ni, banyak kedai-kedai jual minyak peket bersyarat.
“Operasi macam ini perlu diperluaskan supaya penjual dapat dididik dengan cara betul yang di wartakan barang kawalan,” antara komen netizen.
Baca juga: Angkara telur mata, remaja dan kanak-kanak 2 tahun maut akibat keracunan makanan