Rupanya senang je nak buat kuah oden, tak perlu bayar ‘extra’, boleh makan ramai-ramai!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka makan oden di kedai serbaneka mesti tahu harganya seorang makan pun boleh cecah puluh ringgit jika tambah banyak sangat bahan.

Biasalah kalau kongsi dengan keluarga atau rakan-rakan, tak mungkin ambil sedikit seorang, rasanya sedap, masam dan pedas.

Tapi kalau nak jimat, boleh sahaja buat di rumah, antara rajin dengan tidak sahaja sebenarnya, bahan-bahan pun boleh tambah ikut suka.

Ikuti perkongsian resipi kuah oden oleh Cik Puan Akma yang dikongsikan semula pengguna Facebook Qaseh Iman’s, mudah dan boleh dinikmati ramai.

Cara buat kuah oden

Bahan-bahan:

  • 2 paket perencah tomyam adabi
  • 2 paket perencah sup siam adabi
  • 1 paket perencah asam pedas adabi
  • 2 pcs kiub pati ayam
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu

Cara-cara:

1. Masukkan kesemua perencah dan biar ia hingga mendidih.

2. Boleh masukkan perasa tambahan untuk menyedapkan ia, kalau tak masuk pun tak jadi masalah.

Bagi yang nak ia lebih masam, boleh masukkan perahan limau nipis.

4. Bila air sudah mendidih, boleh masukkan bahan-bahan steamboat (dekat pasar raya dah ada jual satu paket).

5. Kalau nak tambah bahan lain seperti cendawan enoki atau cendawan tiram pun tak ada masalah.

Siap! boleh makan dan dinikmati seisi keluarga, tak perlu beratur panjang lagi untuk makan oden.

Baca juga: Baru tahu ada 3 petua ‘orang lama’ untuk hilangkan bulu di muka, gadis berkumis boleh cuba cara ini!