Rupanya senang nak hilangkan bau hanyir ikan di tangan, tak perlu sental dengan sabun lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi penggemar makanan laut mesti tahu betapa susahnya nak hilangkan bau hanyir di tangan lepas proses siang ikan.

Kadang-kadang sental dengan sabun tangan tu pun tak hilang bau, rupanya ada lagi cara senang dan hanya guna bahan di rumah sahaja.

Ikuti perkongsian portal ini mengenai cara menghilangkan bau hanyir di tangan, paling senang dan tak habis berbotol sabun.

Tip hilangkan bau hanyir di tangan

1. Cuka dan garam

    Cuka ni ada sifat keasidan yang agak tinggi jadi ia boleh menghilangkan bau di tangan. Bagi yang asma boleh cari kaedah lain.

    • Campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan.
    • Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam.

    2. Jus lemon

      Bagi yang tak boleh bau cuka, boleh gunakan jus lemon, hiriskan dan perah sahaja lemon tersebut.

      • Campurkan sedikit soda bikarbonat ke dalam jus lemon.
      • Sapukan campuran tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit.
      • Bilas dengan air sehingga bersih.

      3. Serbuk kopi

        Kalau dekat rumah mesti ada serbuk kopi. Kalau ada yang uncang, gunting dan ambil isinya sahaja.

        • Sapukan dua atau tiga sudu besar serbuk kopi pada tangan.
        • Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.

        4. Sos tomato

          Pastinya dekat rumah ada segala jenis sos tapi kali ini yang diperlukan adalah sos tomato, jangan salah guna sos lain pula.

          • Tuangkan sos pada tapak tangan anda.
          • Sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan.
          • Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.

          Selamat mencuba!

          Baca juga: “Hilang semangat nak raya, kakak sindir aku sebab tak mampu beri duit raya RM50 dekat anak dia”