Rupanya tak semua dirampas bila diisytihar muflis, ini senarai harta yang dikecualikan

Oleh KIM SYAZIE

Apabila berdepan dengan pengisytiharan muflis, pastinya ramai akan panik apabila semua harta dirampas namun sebenarnya ada sesetengah harta yang diberi pengecualian.

Barang keperluan asas dan peralatan pekerjaan milik individu yang berdepan tindakan bakrap akan diberi pengecualian.

Ia adalah daripada pembahagian di antara pemiutang dalam usaha kerajaan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan mengenai barangan mana yang akan diberi pengecualian.

Pengecualian itu antara enam perubahan dasar yang dimasukkan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dan dijangka dibentangkan di Parlimen, selewat-lewatnya awal bulan depan.

Ini bermakna, jika pindaan itu diluluskan, barangan asas dan keperluan pekerjaan tidak akan dirampas oleh pemiutang melalui Jabatan Insolvensi seperti yang dilaksanakan ketika ini lapor Berita Harian.

Baca Artikel Penuh