Ryan Tedder jejakkan kaki di Indonesia, vokalis One Republic itu akui dirinya insaf

Oleh KIM SYAZIE

Vokalis One Republic, Ryan Tedder berikrar tidak akan mengeluh lagi sekiranya berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Los Angeles.

Perkara itu diluahkannya ketika terpaksa berdepan dengan trafik sesak ketika berkunjung ke kota raya Indonesia, Jakarta.

Saat itu, ahli kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu sedang mengadakan siri jelajah konsert di Jakarta.

“Jakarta, saya tidak akan merungut tentang trafik di LA (Los Angeles) lagi. Saya rasa rendah diri,” kata Ryan menerusi hantaran Instagram story.

Menurutnya Ryan, kesesakan lalu lintas di bandar Jakarta itu adalah antara paling ‘tinggi’ atau padat yang pernah beliau alami.

Umum mengetahui, keadaan lalu lintas di bandar yang pernah bergelar sebagai ibu negara Indonesia itu berada di tahap yang sangat genting.

Jalan yang sesak dan kepadatan penduduk Jakarta juga memaksa pemerintah untuk memindahkan pusat bandar ke Kalimantan Timur.

Rata-rata pengguna media sosial khususnya mereka yang berasal dari Indonesia turut bersetuju dengan kenyataan vokalis itu.

“Ya Allah, itu belum pada waktu orang pergi-pulang ngantor (kerja pejabat). Sumpah kalau jarak perjalanan 2-4 km (kilometer), saya lebih memilih jalan kaki,” kata seorang pengguna.

“Menguji mental dan kesabaran.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Forex untuk berdagang bukan berjudi, lelaki kesal lihat ramai nak pinjam duit untuk ‘trading’