Bagi meningkatkan kemahiran wanita dalam pelbagai bidang khususnya masakan dan kraftangan, Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kawasan Batu melancarkan Program Kemahiran Awan (Prokem).
Pelancaran program disempurnakan Ketua Awan Nasional, Dr Mariah Mahmud sempena majlis Makan Malam D’Awan Amanah Batu di Jalan Gombak, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu.
Ketua Awan Kawasan Batu, Wan Aishah Ariffin berkata, program seperti membuat kuih, biskut dan kek selain kraftangan menggunakan barangan kitar semula itu dijadualkan bermula Februari ini pada Sabtu minggu pertama setiap bulan sehingga akhir tahun ini.
“Program kemahiran ini terbuka kepada semua wanita dengan yuran penyertaan berpatutan. Bagi ahli Amanah mereka akan mendapat potongan diskaun sehingga 50 peratus.
“(Timbalan) Menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan) suruh kita buat lebih dua kerja. Jadi, kita di Awan Batu menyambut cabaran
(timbalan) menteri untuk sama-sama menambah kemahiran dan ilmu terutama bagi golongan wanita,” ujar penyanyi itu dalam nada bergurau.