Sama ada Zahid bebas atau diperintah bela diri atas 40 pertuduhan rasuah akan diketahui esok

Oleh NASUHA RAHMAN

Sama ada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan atau diperintah bela diri ke atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan diketahui esok.

Keputusan di akhir kes pendakwaan itu akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, selepas pasukan pendakwaan dan pembelaan selesai menyampaikan hujahan lisan selama empat hari bermula 1 September lalu.

Sebelum membuat keputusan, mahkamah akan meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, menyemak 107 eksibit kes dan mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Jika mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie, bekas Timbalan Perdana Menteri ini akan diperintah untuk membela diri.

Namun, jika keadaan sebaliknya berlaku, Ahli Parlimen Bagan Datok ini akan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Perbicaraan kes ini berlangsung selama 29 hari bermula 24 Mei 2021 manakala prosiding selesai pada 11 Ogos lalu.

Baca Artikel Penuh