Ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak mereka namun dengan didikan yang kuat sekalipun tak mampu menghalang anak terjebak dalam masalah sosial.
Seorang bapa meluahkan rasa terbuku di hati mengenai anaknya yang baru berusia 16 tahun tapi sudah aktif dalam melakukan hubungan seksual.
“Ib, mana satu kau setuju. Bagi anak kahwin umur 16 tahun ke atau kau kena akur anak kau buat maksiat belakang kau?
“Kau dah tegur, telefon tak pernah kasi, duduk depan mata, isteri suri rumah, bab didikan aku dan isteri tegas tapi masih beri perhatian dan kasih sayang.
“Tapi Allah uji, anak pandai keluar malam tanpa sedar, sampai dah buat s*x dengan laki orang.. aku sampai tak tidur malam berjaga tapi masih budak sekarang licik, ikot hati nak pukul tapi sabar.
“Aku tahu Allah sayang aku, cuma apa pendapat kau? Kahwin awal atau macam mana? Aku dah nasihat, lembut, kasar semua dah, terang bab agama dari kecil tapi semua tak guna,” luah lelaki itu.
Luahan ini dikongsi menerusi pengguna Twitter, @ibjela yang menasihati si bapa untuk melihat dengn siapa anaknya bergaul dan keadaan persekitaran mereka.
Kadangkala didikan ibu bapa sudah sempurna namun pengaruh rakan sebaya kadangkala lebih kuat hingga menyebabkan anak tersebut terpengaruh.
Baca juga: 25 tahun terpisah dengan keluarga sendiri, baru tahu bapa kandung seorang Multi-Millionaire