Sanggup menabung 40 sen, ikat perut, ini kisah sedih pelakon utama ‘Phua Chu Kang’

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kenal akan pelakon yang menghiasi sitkom ‘Phua Chu Kang’, Gurmit Singh, rupanya dia juga pernah melalui zaman kesusahan.

Dalam satu temu bual yang dikongsikan di media sosial, Gurmit memaklumkan dia tidak sedar akan kesusahan hidup keluarganya waktu dulu.

Jelasnya dia menganggap ibunya sebagai paling kedekut kerana tidak membelinya ais krim, di saat waktunya remaja barulah dia sedar kesusahan keluarganya.

Bapanya bekerja dua pekerjaan sebagai pegawai keselamatan dan penjaga malam, manakala ibunya melakukan kerja sambilan di pusat penjaja.

Walaupun begitu, Gurmit tidak pernah mengharapkan keluarga yang berbeza.

“Dulu keluarga saya tinggal di rumah flat dua bilik, saya ingat lagi saya tidur dia atas tilam nipis dekat ruang tamu. Setiap hari makan lauk sama iaitu nasi, kentang dan ayam kicap.

“Setahun sekali, masa Deepavali kami sambut di restoran makanan segera, waktu tu rasa macam wow sangat,” ujarnya dalam temu bual temu bual tersebut.

Pada masa sama Gurmit berkongsi bagaimana dia sanggup ikat perut di sekolah setiap minggu untuk makan di restoran makanan segera bersama rakan sekolah.

“Lepas sekolah kawan saya ajak pergi makan, selalunya mesti akan pergi ke restoran makanan segera, semua makan burger, kentang goreng dan minuman.

“Saya tak ada duit sebab saya gunakan 40 sen waktu rehat, selalunya saya akan bagi alasan jadi saya rancang untuk tak gunakan duit tu dan simpan ia hinggalah hari Jumaat tiba.

“Waktu tu saya ada SGD2, jadi cukuplah untuk beli Filet Ikan dan dapatlah makan bersama dengan rakan yang lain,” tambahnya.

Kongsinya hingga sekarang, jika dia ke negara baru pastinya dia akan mencari restoran makanan segera tersebut untuk makan Filet Ikan.

Baca juga: Hasrat mak cik ‘ikat perut’ ke Tanah Suci bakal terkabul, terima tajaan dari ahli perniagaan