Sanggup tahan nafsu untuk konsert, Akim Ahmad tak sabar nak makan durian

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan untuk penyanyi menjaga suara semasa konsert sedang berlangsun, pemakanan juga antara faktor penting perlu dititikberatkan.

Jadi tak terkejutkan jika vokalis kumpulan Akim & The Majistret (ATM), Akim Ahmad juga terpaksa menahan nafsu daripada makan durian.

Jelas Akim, dia perlu menjaga suara dan kesihatan untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat lapor Kosmo! Online.

“Sejak tiba musim durian saya tengok ramai makan durian. Jadi saya pun teringin nak makan.

“Namun demi menjaga suara, saya terpaksa lupakan dulu durian buat seketika sebab takut akan beri kesan kepada suara saya. Risau kalau makan badan jadi panas.

“Tapi bila dah habis konsert ini boleh lah kita makan durian,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online/

Jelas Akim, sambutan yang diberikan ribuan peminat hampir menyebabkan dia menangis sebelum persembahan bermula.

“Saya hampir menangis sebab sangat terharu dan terkejut melihat ramai peminat hadir. Konsert kali ini lebih besar dan berbeza dengan konsert sebelum ini.

“Biarpun ada dua lagi konsert yang berlangsung pada waktu sama, peminat masih memilih untuk berada di sini dengan kami.

“Mega Star Arena Kuala Lumpur ini lokasi yang sangat ikonik kerana terletak di lokasi yang menjadi nadi bandar Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang.

“Dapat buat persembahan di sini merupakan satu sejarah buat kami. Memang kami nak sangat buat konsert di sini,” jelasnya.

Baca juga: Natasha Hudson tampil berhijab, perkongsian tentang penghijrahan curi perhatian ramai