Sanggup tinggal suami demi ‘abang uniform’, wanita menyesal ditinggalkan lepas tidur sekali

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang kala pergaulan tanpa batas akhirnya akan menjadi buruk apabila suami atau isteri terjumpa pasangan lain diluar.

Lebih menyedihkan ada yang sanggup meninggalkan keluarga demi pasangan baru, kononnya lebih bahagia.

Terbaru ada kes penceraian di Indonesia yang telah menyita perhatian warganet selepas wanita menyesal ditipu oleh skandalnya.

Wanita yang berstatus isteri orang itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ‘anggota polis’ yang dikenali melalui Facebook.

Selepas dua berkenalan, mereka berdua dikatakan berjumpa dan telah melakukan hubungan seksual.

Malah ‘polis’ tersebut turut meyakinkan wanita tersebut untuk meninggalkan suami dan berjanji akan menikahinya selepas dia bercerai.

Termakan janji, wanita itu akhirnya membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya untuk bersama skandal.

Malangnya selepas tidur bersama, lelaki yang dikatakan anggota polis itu menyekat wanita tersebut di media sosial dan menghilangkan diri.

Lelaki tersebut juga sempat melarikan 3 juta rupiah (RM906.34) milik wanita itu.

Tak dapat terima kenyataan, wanita itu akhirnya membuat laporan polis dan rupa-rupanya si lelaki bukanlah anggota polis dan hanya menyamar sahaja.

Baca juga: Kena minum air pangsa lepas makan durian? Pakar perjelas sebabnya