Isu royalti RM100 juta, Guan Eng soal kenapa Sanusi tak tuntut sewaktu PN jadi kerajaan

Oleh KIM SYAZIE

Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap tindakan Menteri Besar Kedah meminta bayaran royalti sebanyak RM100 juta bagai mencabar kedaulatan negeri itu.

Menurutnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi berhak meminta bayaran yang lebih tinggi namun nilai dipintanya dilihat melampau dan merendahkan Perlembagaan Persekutuan.

Lim turut mempersoalkan mengapa Muhammad Sanusi tidak menuntutnya ketika parti PAS menjadi komponen kerajaan pusat.

“Sanusi sepatutnya menjelaskan kenapa dia tidak membuat tuntutan ini kepada Putrajaya ketika PN (Perikatan Nasional) memerintah.

“Mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang, tiada bezanya mempertikaikan hak Pulau Pinang untuk wujud.

“(Untuk) berfungsi dan beroperasi sebagai sebuah negeri yang demokratik di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baca Artikel Penuh