Media sosial rasmi Istana Selangor sebentar tadi memberikan respon kepada surat permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi berkenaan isu dakwaan menghina Sultan Selangor.
Dalam respon facebook Selangor Royal Office, menurutnya DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Menurut surat itu, Muhammad Sanusi juga mengakui bahawa kenyataan beliau telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah mengguris hati dan perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
“Beliau benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang telah timbul daripada kenyataan itu,” menurut kenyataan itu.
Muhammad Sanusi Md Noor semalam memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kenyataannya pada 11 Julai tahun lalu yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.
Muhammad Sanusi dalam satu kenyataan turut merakamkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari serta seluruh rakyat negeri ini.
baca: Buat majlis kahwin kecil-kecilan, Linda Onn mohon maaf tak jemput media hadir 11 tahun lepas