“Saya ada RM3 sahaja” – Simpati lihat lelaki Cina kusut tak cukup duit nak isi minyak, pemuda belanja minyak ‘full’

Oleh KIM SYAZIE

Kadang kala dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya kepada kita tapi juga orang disekeliling.

Meskipun diri sendiri tengah berhadapan masalah, seorang lelaki nekad membantu individu yang dalam kesempitan hidup.

Menerusi hantaran di Facebook, Abu Hurairah Roslan berkongsi kisahnya membantu seorang lelaki Cina mengisi minyak.

Masa di kaunter pembayaran, ada seorang lelaki Cina tanya, dia hanya ada RM3 tunai dan mahu guna RM10 dari kad debitnya, jelas terlihat wajahnya sugul.

“Nampak macam dalam kecemasan dan berulang kali dilakukan tapi pekerja tetap maklum kadnya tak boleh digunakan, rupanya baki ada RM18 sahaja jadi dia hanya isi RM3.

“Disebabkan saya tak boleh batalkan urusan di kaunter jadi saya ikut dia ke arah pam dan tegur sama ada cukup atau tidak sebab saya nak bantu.

“RM3.00 mana cukup nak isi minyak dan dia maklum kena balik Tanjung Malam sebab ada kecemasan dan berulang kali dia mengucapkan kata maaf,” ujarnya dalam hantaran di FB.

Simpati akan nasib lelaki tersebut, pemuda itu mengisi minyak penuh dan membuat pembayaran menggunakan kad sahaja.

“Lelaki tersebut mempersoal kenapa isi penuh dan minta nombor telefon agar dia boleh membayar semula selepas gaji.

“Dia juga maklum sudah beberapa kali menghubungi rakannya untuk meminta bantuan namun tidak dilayan.

“Bagi saya dalam Islam, kita bantu tanpa mengira agama apatah lagi melihat dia dalam kesusahan. Jadi kami pun bertukar nombor telefon.

“90 kali Tuhan sebut tentang jaminan rezeki hamba-hambaNya dalam al-Quran dan hanya satu ayat saja Tuhan sebut tentang syaitan yang membuatkan kita takut tentang rezeki,” tambahnya.

Baca juga: Kak KM dedah setiap kali dapat gaji mesti utamakan ibu dahulu, sebab itulah murah rezeki