“Saya berhak tentukan” – Fatin Afeefa tak benar anak jadi pelakon, mahu mereka hafaz al-Quran

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak mengenali pelakon cilik, Fatin Afeefa yang mual dikenali menerusi filem ‘Tentang Bulan’.

Sudah berkecimpung sejak kecil dalam industri seni, pastinya dia lebih mengetahui akan asam garam dunia hiburan.

Maka tak terkejutlah jika dia melarang anak-anaknya daripada memasuki industri seni untuk fokus kepada hal agama.

Tidak kisah akan mulut orang lain, pelakon berusia 30 tahun itu sebolehnya mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran dan menghafaz Quran.

Perkara tersebut dikongsi semasa siaran langsung di akaun TikToknya baru-baru ini.

“Saya tidak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal al-Quran.

“Tidak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon. Walaupun ada yang tawarkan, jawapan saya tetap ‘no’, tidak boleh,” ujarnya dalam siaran langsung tersebut.

Sebagai ibu, Fatin menegaskan dia mempunya hak untuk menentukan hala tuju hidup anak-anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

“Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati saya lah,” tegasnya.

Sebelum ini Fatin memaklumkan sudah mengundur diri bagi menghormati permintaan suaminya, Aliff Awang untuk fokus dengan keluarganya.

Bagaimanapun Fatin dilihat kekal aktif di media sosial dan masih melakukan kempen untuk produk.

Baca juga: Uqasha Senrose tampil bela diri, dedah perangai bekas PA – “Pakai baju tidur orang sesuka hati”