“Saya bukan tarik diri, tapi dibuang” – Aaron Aziz dedah punca tak berlakon filem arahan Syamsul Yusof

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon popular Aaron Aziz mendedahkan bukan dia yang menarik diri dari berlakon dalam filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof, sebaliknya dia telah dibuang.

Bagaimanapun, Aaron Aziz tidak mahu mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa.

“Saya bukan tarik dari, tapi dibuang,” jawab Aaron Aziz seperti dilapor Gempak, yang mengesahkan bahawa aktor itu sudah tidak lagi terlibat dalam filem arahan Syamsul.

Bagaimanapun, Aaron Aziz tidak mahu mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” jelasnya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada malam semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, tidak mahu mengulas mengenainya.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

“Apapun saya doakan yang terbaik,” jelasnya. Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Aaron memberitahu dia kini membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production.

Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem tersebut turut dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

Baca juga: Skandal Jana Wibawa: SPRM tahan pegawai sendiri, cuba halang siasatan