Pelakon, Datin Atikah Suhaime telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pukul 5.17 petang semalam di sebuah pusat perubatan swasta terletak di Petaling Jaya.
Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime memaklumkan bahawa bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram (kg) itu diberi nama Lyla Mulan Teh.
Pelakon berusia 34 tahun terbabit turut berkongsi khabar gembira tersebut menerusi satu hantaran dimuat naik di akaun Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur atas kelahiran anaknya itu.
“Alhamdullilah. Anak Mami yg cantik, Lyla Mulan Teh. Rasa macam baru selesai larian marathon. Alhamdulillah,” kata pelakon terbabit sambil berkongsi gambar anaknya tanpa mendedahkan wajah bayi berkenaan.
Atikah turut memuat naik video memaparkan sebahagian daripada proses melahirkan anak di mana wanita terbabit kelihatan berhadapan dengan detik sukar ketika mahu meneran bayinya keluar.
Malah menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon kelahiran Singapura itu mengakui hampir sahaja mahu berputus asa semasa proses meneran namun lega apabila anaknya berjaya dilahirkan.
“Saya hampir nak berputus asa masa ini (proses meneran). Saya juga menyangka Lyla Mulan tak boleh keluar. Tetapi dia berjaya keluar!.” Kongsi Atikah dalam hantaran video di Instagram Story itu.
Terdahulu, Atikah Suhaime melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Lokman Teh pada Januari, tahun lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat.
Pelakon itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan sementara nilai wang hantaran pula dirahsiakan di dalam majlis yang membawa konsep moden bertemakan Sakura itu.
Baca juga: Anak muak dengan perangai bapa pemboros, gaji RM13k tak cukup sampai duit ibu pula kena ‘pau’