“Saya hanya ikut arahan”, lelaki ini tusuk dua batang paku pada buah zakar sendiri

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang lelaki telah menjadi topik perbincangan hangat baru-baru ini selepas menusuk buah zakar sendiri dengan menggunakan dua batang paku.

Mengerikan, pemuda berusia 23 tahun itu bertindak ‘memahat’ paku berukuran 6 sentimeter (cm) tersebut di kantung skrotum miliknya di dua tempat yang berbeza.

Tindakan di luar kawalan tersebut juga mengakibatkan beberapa serpihan lain turut tersangkut di antara tulang pelvis pesakit yang mengalami kecederaan parah itu.

Dipercayai merasa malu, pemuda berkenaan juga sanggup menahan sakit selama dua hari di rumah sebelum memutuskan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Ketika kejadian tersebut berlaku, pemuda yang berasal dari Tunisia itu mendakwa dirinya telah mendengar bisikan daripada seseorang untuk memaku zakar miliknya.

Para kakitangan Hospital La Rabta bagaimanapun terkejut setelah mendapati buah zakar pemuda berkenaan berjaya pulih dengan cepat setelah menerima rawatan.

Tidak mengalami sebarang kerosakan berpanjangan pada organ pembiakannya, pesakit tersebut juga dibenarkan keluar selepas hanya satu hari ditahan di hospital.

Memetik laporan Mirror UK, pesakit yang dilindungi identiti itu diberikan suntikan vaksin tetanus bagi mengelakkan jangkitan bakteria berlaku pada buah zakar tersebut.

Selain itu, tisu kulit mati pada organ berkenaan juga dibuang dan pesakit itu dirujuk kepada pakar psikiatri sebelum disahkan mengalami penyakit mental yang serius.

Pakar perubatan kemudian membekalkan pesakit berkenaan dengan ubat untuk antipsikotik bagi merawat gejala penyakit mental iaitu skizofrenia yang dialaminya.

“Pesakit skizofrenia biasanya memasukkan objek ke dalam mulut atau rektum. Tetapi kemasukan benda asing ke dalam skrotum belum pernah lagi dilaporkan dalam pengetahuan kami. 

“Dalam kes ini, pesakit yang mengalami skizofrenia itu memasukkan objek ke dalam skrotum selepas diarahkan oleh orang dalam imaginasinya.” Jelas pakar dalam jurnal Rekod Kes Urologi memetik Mirror UK.

Baca juga: Gara-gara tak puas hati agih hasil keuntungan, usahawan tudung dilanggar sebelum ditikam rakan kongsi 15 kali