“Saya tak akan ubah wajah yang Allah beri” – Sharifah Sakinah

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ramai dilihat terlalu menormalisasikan pembedahan kosmetik meskipun tidak mempunyai masalah kesihatan dan melakukan ia sekadar untuk cantikkan diri.

Tidak mahu merubah wajah asli, pelakon Sharifah Sakinah mengakui dirinya kerap menerima tawatan pembedahan kosmetik untuk buang ‘eye bags’.

Bagaimanapun Sakinah mengakui dirinya tidak akan sesekaai merubah anggota badannya hanya untuk memenuhi permintaan lapor Harian Metro.

“Saya tidak akan mengubah wajah yang Allah sudah berikan kepada saya. Kalau saya nak ubah sekali pun, ia adalah untuk kepuasan saya bukan kerana orang lain.

“Lagipun ia adalah sebahagian daripada anggota badan saya, jadi saya tak mahu mengubahnya.

“Saya bukanlah seorang yang mendengar kata-kata masyarakat semata-mata untuk mengubah wajah atau mengikut trend.

“Muka saya muka Melayu dan saya memiliki raut wajah yang serupa seperti ahli keluarga saya, segalanya daripada Allah SWT. Itu prinsip saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa sama Sakinah mengakui menjaga kesihatannya dengan makan makanan organik serta menjadikan aktiviti mandi ais sebagai satu rutin.

“Saya guna petua orang-orang dahulu dan lebih kepada pengambilan bahan semula jadi. Antaranya, saya mengamalkan mandi ais dalam tiga kali seminggu,” katanya.

Baca juga: Wanita dakwa suami disondol artis muslimah, hantar petikan hadis agar diterima jadi madu