“Saya tak pasti..” – Jofliam rupanya sudah lafaz taklik, serah keputusan kepada pihak mahkamah

Oleh MALAYSIADATELINE

Ahli perniagaan yang juga pempengaruh terkenal, Jofliam akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai status perkahwinannya dengan isteri iaitu Cik Epal.

Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar mengakui sudah melafazkan taklik cerai sebanyak satu kali terhadap Cik Epal yang juga merupakan personaliti media sosial itu.

Usahawan berusia 36 tahun itu bagaimanapun enggan menjatuhkan hukum secara sembarangan sebaliknya menyerahkan segala keputusan yang sahih kepada pihak mahkamah.

Oleh yang demikian, penjelasan lanjut berhubung status perkahwinan mereka berdua mungkin akan diberikan selepas melalui proses di mahkamah syariah kelak, lapor Gempak.

“Kalau bagi saya, ikut hukum sudah (cerai).

“Saya rasa biar mahkahmah putuskan sebab bab hukum saya tak berani nak cakap. Saya tak pasti (status cerai) sebab apabila pergi ke kaunter mahkahmah hari itu, ada yang cakap sah cerai ada yang kata tidak.

“Tetapi, saya menghormati Cik Epal. Perkara ini mungkin akan dikongsi lebih lanjut selepas melalui proses mahkamah,” jelas usahawan yang menjalankan perniagaan pizza itu.

Dalam pada itu, Jofliam turut memaklumkan bahawa hubungannya kini bersama Cik Epal atau pemilik nama sebenar Murni Mahmud itu masih berada di dalam keadaan yang baik.

Malah ibu kepada dua orang cahaya matanya itu yang membelikan pakaian buat ahli perniagaan berkenaan untuk pergi di Milan, Itali bagi menyertai pertandingan Top 100 Pizza.

“Saya nak pergi Milan ini dia yang belikan baju saya. Manakala saya belikan beg tangan. Apa yang dia nak, saya bagi. Apa yang tiada di rumah saya beli.” Kata Jofliam lagi.

Terdahulu, status hubungan Jofliam dan Cik Epal menjadi perbincangan hangat di platform media sosial sehingga timbul khabar angin mengenai rumah tangga mereka termasuklah dakwaan kehadiran orang ketiga.

Sekadar info, usahawan terbabit baru-baru ini dinobatkan sebagai pembuat pizza nombor 99 terbaik di dunia dalam pertandingan Top 100 Pizza, The Best Pizza In The World 2024 di Milan, Itali.

Kemenangan tersebut diraih melalui kebolehan pasukan Jofliam memperkenalkan menu istimewa Pizza Wagyu yang membawa namanya sebaris dengan chef pizza dari seluruh dunia.

Baca juga: Abang kepada Jofliam dedah cerita sebenar, “tak berbaloi trade seorang wanita biadap”