Sayu lihat wanita penat lahirkan anak, dua kali ‘czer’ dalam masa 11 bulan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terperanjat apabila disahkan hamil setelah baharu empat bulan melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan atau caesarean (Czer).

Walaupun dikhabarkan berita gembira, wanita itu sayu memikirkan luka di perutnya yang masih belum sembuh setelah melahirkan anak sulungnya.

Disahkan mengandung dua bulan, dikirakan wanita itu telah berhubungan dengan suaminya ketika masih berada dalam tempoh berpantang.

Bernasib baik, suami wanita itu mengumumkan bahawa anak kedua mereka selamat dilahirkan dengan izin yang Maha Kuasa, pada dua hari lalu.

Hanya dengan jarak 11 bulan, wanita berkenaan malangnya perlu menjalani proses kelahiran secara Czer sekali lagi dalam tempoh kurang setahun.

Berpeluang menemani isteri dalam ruang bersalin, lelaki yang dikenali sebagai Akash Elahi sempat merakamkan kejadian yang mengharukan itu.

Memuat naik video tersebut di laman TikTok, Akash dilihat terus memujuk dan memberi semangat kepada isterinya yang bernama Fenny Alberti itu.

Air matanya bergenang, wanita itu sempat meminta agar Akash, ayah kepada dua orang anaknya itu untuk berjanji tidak akan pernah meninggalkannya.

@akashellahi

Janji ya ga boleh tinggalin aku , kata ayang #akashellahi #akven

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Setelah selamat melahirkan anak, Fenny dibawa berehat ke wad biasa namun riak wajahnya kelihatan kosong dan sangat kepenatan.

@akashellahi

Sudah KB 7tahun ke depan kk venny isterahat dulu ya #akashellahi #akven

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Tular di media sosial, rata-rata penonton mendoakan agar wanita itu diberi kesihatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Terharu melihat sang suami yang prihatin menjaga, mereka berharap agar Akash terus menghargai pengorbanan isterinya itu.

“Suami harus faham dan menghargai, sakit perjuangan seorang wanita itu sangat-sangat luar biasa,” nasihat seorang pengguna yang prihatin.

“Nasib dia sangat baik sebab suami dia jaga, layan dengan elok. Ada suami yang tak peduli, cuma tahu suruh bini beranak.” Kesal pengguna lain.

Pasangan TikTok dari Indonesia itu pernah tular sebelum ini setelah Akash berkongsi video Fenny yang mengalami kesukaran berjalan setelah hamil anak kedua.

Tangkap layar video yang pernah tular sebelum ini

Baca juga: Umum manifesto belanja ‘lunch’ bulan puasa, ramai sokong Bell Ngasri menang ABPBH